Khamis, 28 Ogos 2014

Pilihan Hati Salwa

Sipnosis

"Cinta itu buta..."
Pada mulanya, Siti Nur Salwa yang lebih suka dikenali sebagai Syafiq, menganggap bahawa cinta itu hanyalah sesuatu yang menyusahkan. Masakan seorang tomboi sepertinya memerlukan sesuatu sedemikian!

Mengapakah cinta perlu ada? Tidak cukupkah hanya sayang yang diberi kepada sesama insan?

Setelah bertemu dengan dua orang lelaki, buat pertama kalinya Salwa menangis kerana lelaki-lelaki tersebut. Dan buat yang pertama kalinya jugalah, hatinya tertarik untuk mengenal erti cinta.

Muhammad Harith Irsyad dianggap seorang adik lelaki yang tidak Salwa punya. Walaupun beza umur hanya 9 bulan, kenyataan itu tidak menghalang Salwa untuk menggelar Irsyad sebagai 'adik'. Dek kerana hubungan mereka yang rapat itu, pintu hatinya diketuk satu perasaan aneh; namun dibuang jauh perasaan itu. Mata dan hatinya dikaburi Muhammad Zuhair, tetapi kerana jarak umur yang setahun itu, mereka berpisah. Walaubagaimanapun, takdir Tuha tiada siapa yang tahu; mereka bertembung empat mata setelah sekian lama tidak bersua muka.

Salwa perlu memilih antara satu; Irsyad atau Zuhair. Kedua-duanya memiliki kasih sayangnya. Seperti ditelan mati emak, diluah mati bapa, yang mana satu pilihan hatinya?

Blog Ini...

Pengenalan

CINTA datang tanpa disedari, tanpa diundangi dan tidak disedari. Definisi cinta adalah sesuatu perasaan halus yang akan menjalar dalam hati. Orang yang dicintai sukar dilupakan sehingga kita boleh dianggap gila bayang atau bahasa kasarnya adalah angau.

Walau bagaimanapun, ramaiorang salah tafsirkan erti cinta dengan persahabatan, serta kasih sayang. Hal ini menyebabkan kita bercinta dengan orang yang salah lalu kemungkinan besar akan merana pada kemudian hari. Kemudian, takdir, kesilapan orang disalahkan. Majoriti tidak akan mengaku silap sendiri - itulah manusia.

Mengapakah blog ini diwujudkan?

Blog ini diwujudkan adalah untuk menghimpun semua kisah cinta agung setiap insan. Karya tersendiri juga boleh disiarkan di blog ini. Di sini, saya akan menyiarkan karya yang saya nukil hasil daeipada kisah benar, fiksyen semata-mata, dan pengalaman cinta sendiri.

Sekiranya anda mempunyai masalah berkaitan cinta, saya berbesar hati untuk menjadi tempat meluahkan perasaan yang terpendam di dalam diri anda. Kehadiran saya mungkin tidak membantu apa-apa, tetapi saya yakin dengan menceritakan apa yang terperuk di dalam isi hati selama ini diluahkan, anda akan berasa seperti beban berkurangan.